hurmmm... kat dalam hati ni sentiasa wujud satu perasaan, perasaan yang tak mampu dihalang.. dia datang dengan sendiri bila hati tersentuh. perasaan yang memang kita tak nak tapi tetap jugak datang... perasaan takut..
kenapa kita takut? macam-macam persoalan bila kita bicarakan tentang takut. ada macam-macam kisah takut. ada yang takut hantu. ada takutkan manusia. ada takut dengan diri sendiri. dan ada juga yang takut pada perkara yang belum tentu akan berlaku.
tapi kenapa kita perlu takut. sedangkan manusia hanya perlu takut pada Allah SWT saja. eantahlah. mungkin sebab kita terlalu berfikir dan mengambil berat perkara yang kecil. jadi perasaan takut mula menguasai hati. seringkali kita dengar manusia takut akan kehilangan. atau kita akan takut apa yang kita mahukan tidak menjadi seperti yang dijangkakan. lalu kita takut untuk berimaginasi. kita takut untuk melihat masa depan dan kita hanya hidup pada apa yang ada sekarang. lalu kita menjadi katak di bawah tempurung kaca.
katak bawah tempurung kaca berbeda dengan katak di bawah tempurung biasa. bila dibawah tempurung biasa katak tak mampu tengok dunia luar. dia cuma melihat apa yang ada disekeliling berbekalkan cahaya mentari yang masuk menembusi lubang tempurung. lalu fikiran katak tersebut jadi jumud dan tidak berkembang. katak bawah tempurung kehidupannya tidak sadis tetapi amat membosankan bila dilihat. seakan tidak mengetahui perkembangan dunia sekeliling.
berbeza dengan katak dibawak tempurung kaca. dia melihat apa yang ada disekitarnya. menginginkan apa yang dilihat di dunia luar. tetapi terlalu takut untuk keluar. dan merasakan tidak selamat untuk melangkah keluar. lalu dia memerapkan perasaan dan melingkari minda dan hati dengan perasaan takut. takut untuk membuat keputusan. takut berimaginasi dan takut untuk mengejar apa yang diinginkan.
perasaan takut seperti itu sepatutnya tidak lagi wujud dan perlu dikikis. tidak salah untuk berkehendakan kebahagiaan seperti mana orang lain. tidak salah untuk memiliki perasaan sayang. cinta. rindu dan kasih seperti mana insan lain. mengapa perlu takut cinta ditolak sedangkan penolakan adalah proses untuk mematangkan kehidupan. tidak akan bermakna sebuah kejayaan tanpa merasa kegagalan.
tak kan kita hanya nak menangis tanpa berbuat apa-apa. perlu ada tekad dan kesabaran. komited dengan apa yang ingin kita laksanakan. komited dengan janji yang kita lafazkan. dalam hidup tidak ada istilah 'kalau' yang ada mahu atau tidak. boleh atau tidak. hendak atau tidak. yakin atau tidak. sebab semua orang boleh berkata kalau. semua orang boleh berimaginasi tetapi sejauh mana untuk kita realisasikan imaginasi kita itu bergantung kepada ketahanan dan kehendak kita.
No comments:
Post a Comment