memandang kepada matahari tak bermaksud kita perlu melihat dengan mata terbuka seolah kita melawan pancaran mentari yang panas. tapi cukuplah kalau kita depakan tangan dan pejamkan mata. sekadar merasakan kehangatan cahaya suria menyinari diri kita.
macam tu jugak dengan kehidupan. kita tidak menongkah arus melawan masalah yang timbul tetapi cukuplah dengan kita mengikut arus yang datang dan cuba untuk berenang ke tepi dalam menyelesaikan masalah. sambil menjadi titik persamaan dan corak penyelesaian yang kita mahukan.
jangan melawan kepada takdir yang datang. tetapi berusaha untuk memperbaiki diri supaya kita dapat membentuk masa hadapan yang lebih baik. dalam rukun iman kita wajib percaya kepada qada dan qadar tuhan. tapi tak bermakna kita hanya berserah kepada takdir. tetapi tuhan menyuruh kita untuk berusaha. tak kira apa pun yang kita buat. perlu ada usaha. tanpa usaha mana mungkin akan datang kejayaan.
sebagai manusia kita kena berusaha untuk merubah takdir hidup kita. bukan dengan duduk diam dan pasrah dengan ketentuan. sebab tuhan tak suka kepada orang yang mudah mengaku kalah. tuhan mahu makhluknya menjadi manusia yang bijak mengatur dan menyusun kehidupan mereka.
manusia yang hanya pasrah pada takdir adalah manusia yang hina dan lemah. mahu ke kita jadi menusia lemah atau kita suka dipandang lemah. bukan ke lebih baik jika kita mencorak kehidupan yang kita inginkan bukan hanya terima setiap pandangan dan cakap2 orang lain tanpa kita berusaha untuk apa yang kita inginkan.
No comments:
Post a Comment