Waktu tu aku ada di satu koridor di Sri Pentas dan aku sedang berdiri di situ. Di depan aku ada komposer terkenal Ajai dan penyanyi hot Syafinaz.Ajai menggeleng-gelengkan kepala.Syafinaz lalu berkata kepada Ajai," takpe,kita test dulu." Aku mengeluarkan satu reply yang mengejutkan,"lagu apa kak?"
"Lagu Standing in The Eyes of The World, "jawab Syafinaz." Takleh,takleh," jawab Ajai. "Nyanyi KRU, Janji Tinggal Janji.....tau?"
Aku mengangguk. Bila aku ingin membuka mulut,aku dapat merasakan ada sedikit gementar.Suara aku terketar2 sikit.Aku pun menyanyi dan bila masuk baris kedua terus aku rasa SANGAT2 KONFIDEN sehinggakan aku boleh menyanyi sambil memetik jari siap ada background acapella sekali keluar dari suara aku yang sangat merdu tu. Mana datang background vocal tu,aku tak tau.Mungkin range suara aku mampu cover daripada semua sudut,main vocal dan background sekali.
Syafinaz tersenyum manja. Ajai kontrol muka masam walaupun nampak dia agak kagum dengan pitching suara aku. "Haa,lagu Ella tu pulak," bagitau Syafinaz.
"Ok!"aku sangat2 yakin dengan kemampuan suara aku.Aku pun mula dan bila sampai part tinggi sikit Syafinaz siap bertepuk2 tangan. Ajai pun dah boleh senyum sikit.Tiba-tiba ramai pulak yang berkumpul dekat sekeliling aku sambil bersorak-sorak."Yes,yes!Good!" kata Syafinaz dengan seksi,bertepuk2 tangan dengan badan bergoyang-goyang,membuatkan aku menyanyi dalam keadaan ghairah dan konfiden.
Tetibe aku terperanjat sebab ade bunyi hon lori kuat membuatkan aku terjaga. best kan mimpi mcm tu. Adakah patut aku menukar karier aku sebagai artis kerana nampak masyarakat dan budaya kita lebih menghargai seorang artis berbanding seorang cikgu makan gaji. Rezeki pun melimpah ruah BANYAKNYA. Atau mungkin juga mimpi itu datang daripada imbasan perasaan aku yang tak faham kenapa Tomok bole menang One in A Million and kenapa Aizat tak menang AJL haritu.
Tunggulah tahun depan,semua uji bakat AF ke, OIAM ke, MyStarz ke, Gangstarz ke, Bintang RTM ke, Raja Lawak ke akan aku hadiri.Impian aku, aku mahu ada talk show sendiri. Boleh kutuk kerajaan, live dekat TV.
No comments:
Post a Comment