Friday, 23 March 2012

Pernah tak kita fikir?...

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang pelajar itu masuk ke kelas lewat dan dimarahi pengajar, adakah kurang ajar sekiranya si pelajar memberikan alasan "saya tertidur, tuhan pun maafkan umatnya yang tertidur"

pernahkah anda terfikir? sekiranya seorang doktor gigi menghadapi masalah gigi, adakah doktor gigi itu akan melakukannya sendiri atau dia akan berjumpak dengan doktor gigi yang lain??

pernahkah anda perasan dan pernah terfikir bahawa kadang-kadang ketika anda berjalan, adakalanya anda seperti tidak tahu untuk meletakkan tangan anda dalam posisi mana.. hehehe.. kan?

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang yang mati itu diberi peluang untuk hidup kembali selama sehari tetapi selepas setahun kematian, adakah anda akan melupakan orang yang mati itu selama setahun? kah kah kah.. konfem tak kan? nanti waktu dia hidup balik mesti dia ungkit "aku benci kau!! kau lupa aku!!" kah kah kah..



pernahkah anda terfikir? sepanjang anda hidup sebagai rakyat malaysia ini, di majlis kenduri biasanya kita dihidangkan dengan minuman 'sirap'.. adakah anda tahu asal usul sirap dan darimana datangnya rasa 'sirap' itu?

pernahkah anda terfikir? adakah kurang ajar atau kurang sopan sekiranya individu pekak dan bisu, memberikan bahasa isyarat ketika makanan penuh dalam mulut?

pernahkah anda terfikir? individu paling muda adalah individu yang lahir pada 29 februari.. kenapa? sebab dia menyambut hari kelahirannya lima tahun sekali.. umurnya juga perlu dibahagikan dengan lima.. kah kah kah..

pernahkah anda terfikir dan tergerak hati untuk mencari maksud perkataan "kamus" dalam kamus? ataupun perkataan "dictionary" dalam kamus english.. mesti tak pernah kan?

pernahkah anda terfikir? kalau hantu, syaitan, dan jin mampu menembusi rintangan ataupun dinding, kenapa ianya tak jatuh ke dalam tanah? bagaimana mereka mengawal diri untuk berada di atas tanah? adakah mereka terapung ataupun memang mereka memang tak boleh menembusi tanah?

pernahkah anda terfikir? sekiranya kembar siam ingin masuk ke panggung wayang, adakah mereka perlu bayar tiket untuk dua orang ataupun tiket untuk seorang?

pernah tak terfikir.. kekadang susah sungguh nak dapat idea nak menulis macam ni heee... 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...