jadi dalam hidup ini kita tak boleh nak berhenti dari mencuba. apa pun yang kita buat. apapun keputusan yang kita dah ambil kita kena ada istiqomah dgn keputuasan yg kita ambik. so berusaha sampai berjaya. tapi kalau dah berusaha bertahun2 pun masih tak berjaya jugak. then tak tahu laa nak cakap macam mana. tapi ada je orang lain yang makan masa agak lama untuk berjaya.
ingat tak lagi macam mana kita belajar naik beskal atau orang kedah panggil 'gerek'? semua orang penah rasa kecuali orang yang tak penah naik beskal langsung lah. takde orang yang lahir je terus pandai naik beskal. biasalah jatuh, masuk semak dan yang sewaktu dengannya.
dulu aku belajar naik beskal. guna beskal ayah. beskal 'Raliegh' atau beskal tua. beskal tu pulak ada galang kat tengah. jadi aku ni jenis yang comel dan tak berapa nak tinggi. so tak boleh laa nak duduk kat atas seat. so ape nak buat.. sebelah kaki masuk kat tengah galang lah jawabnya.. bermula laa pembelajaran pertama naik beskal. abih la segala semak, pokok pisang, pokok asam aku langgar.. dapur kayu mak pun tak ketinggalan huhu... lagi best.. belakang rumah time tu ade sawah.. so setakat masuk dalam sawah belakang rumah tu standard lah.. selalu sangatlah.
No comments:
Post a Comment