Wednesday, 9 August 2006

Study and A little cute girl

A bit busy with my thesis and some lecture, and for god sake... i'm really stress right now.. maybe this is the time that i need some space for may self and i need to chill out a little bit... di perantauan memang memenatkan minda, dengan situasi, suhu yang sejuk tak menentu dan aku memang tak tahan sejuk.. ermmm..

a nice cute little girl, came to my apartment yesterday and asked me to join her for a dinner and politely i told her that i'm a bit busy with this coming examination. i can't miss my chance to have this Master Degree... Alhamdulillah dia faham, and aku faham dia cuba untuk dekatkan diri dengan aku, tapi agak mustahil untuk aku terima dia tambahan dengan situasi aku sekarang dan aku rasa aku belum cukup baik untuk membimbing dial menjadi saudara baru dalam agama.. :)

satu demi satu helaian kertas buku setebal 400 muka aku buka dan aku tatap... satu benda pun aku tak faham, nasib baiklah ada Darren yang selalu teman aku study, walaupun mamat ni gay tapi stakat ni aku tak terjebak lagi laa dengan dia.. hehe...

mata dah ngantuk... aku nak rehat dulu... gudnite

- from my desk: Univ of West England -

Friday, 28 July 2006

Ethnic relations: Work together to close the gap between races


ALLOW me to contribute to the debate on ethnic relations (“Action plan not the last word on ethnic relations” ). 

Some have talked about seating children from mixed communities together in classes at school. Others, like Tan Sri Ramon Navaratnam, harped on the flaws of the New Economic Policy.

Even in the early fifties, Ah Heng was seated in front of me in class. Magesan’s desk was to the left of mine, and Sinathamby was behind me.

Wednesday, 26 July 2006

At Last.. Huhu


At last i’ve finished edited my first edition book … hope none of these chapter will be reject.. My boss is a little bit fussy but he’s a nice person, and treat me like his own son.. this book will be launch on this coming august.. with the website that i’ve design..

that make me feel really tired working all alone in this big office.. since 1st July.. i’ve been quarantine here and will be he till i quit.. nevertheless.. who cares… now i can go home and sleep as usual and wait untill all the compilation is edited by some editor from malaysian news paper

i really need to sacrifice a bit of my time to make sure my future are always bright… maybe someone will understand. remembering the past while i’m working with telekom malaysia… sometimes working so hard make other people ignore you… i really mean it and i regret that till today… but past is past…

- from my desk: Univ of West England -

Friday, 21 July 2006

Al Fatehah Buat Makcik


Hari ini tanggal 21 Julai 2006.. sekali lagi aku kehilangan seorang insan yang aku sayangi… beliau selamat dikebumikan pagi tadi jam 11.30 sedangkan aku terpaksa menghadiri mesyuarat di melaka dan esoknya aku akan berlepas ke UK.. . nak buat macam mana dah kerja….

tapi aku tetap redha dengan pemergiannya.. Alhamdulillah .. Tuhan telah memanggilnya kembali kepadaNya…

Wednesday, 17 May 2006

Suram

Hari ini masih lagi suram, sejak aku kehilangan sahabat karibku. Hujan mula turun sejak awal pagi lagi, 6:30 pagi aku terjaga dari tidur yang kurang nyenyak. Maklumlah malam tadi anak-anak ku tak mahu lelepkan mata, yang sorang batuk dan sorang lagi demam.

Pagi tadi sejak jam 3:30 aku tak dapat tidur, mungkin tidur-tidur ayam je kot. anak-anak ku kejap-kejap menangis. Nak marah pun tak boleh sebab budak-budak. so terpaksalah bersengkang mata jaga diorang. Harini aku masuk pejabat agak lewat. Nasib baik aku lah boss aku lah kuli, so senang sikit kerja aku tak ada prang nak membebel.. yer lah big boss kat putrajaya.. so aku kat kawasan parlimen dia.


Apapun aku mesti pastikan semua kerja siap sebelum aku boleh buat kerja lain. Anyway Alhamdulillah semua kerja dah siap. Tadi rakan aku di office, Hasni datang ke pejabat aku bercerita tentang Arwah sabahat kami yang meninggal tempoh hari. Air mata mula mengalir ke pipi kami mengenangkan beliau yang sering mengusik dan buat lawak bodoh. namun itulah sumber keriangan kami.

Harini hari ke empat arwah pergi meninggalkan kami, satu kehilangan besar yang kami rasakan. Tapi itulah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Allah, maka perlulah kita redha,

Sunday, 14 May 2006

Kembalinya Seorang Sahabat

Tanggal 13 Mei 2006 jam 5.30 petang aku telah kehilangan seorang sabahat yang boleh ku anggap seperti adik. sahabat yang menjadi tempat aku mengadu telah terkorban dalam satu kemalangan di KM 153 lebuhraya utara selatan dekat Tangkak. Kemalangan tersebut turut mengorbankan 3 orang lagi rakan mangsa. Aku difahamkan semua mangsa parah di kepala dan badan, dan mati di tempat kejadian.

Satu lagi peristiwa yang boleh aku anggap sebagai kehilangan buat ku, mana tak nya pada hari kejadian aku batu lepas berborak dengan Allahyarham jam 3.30 petang sebalum aku pegi melawat seorang lagi rakan yang dimasukan ke hospital kerana pembedahan appendix di Putra Medical (Southern Hospital) Melaka.

Jika difikirkan tentulah Allah lebih menyayangi beliau, dalam usia 27 tahun beliau dah dipanggil untuk mengahadapNya. Dulu semasa aku bercinta buat pertama kalinya, cinta pandang pertama, cinta yang mengajar aku erti sebuah kasih sayang, cinta yang telah memadamkan ego seorang lelaki yang tidak popular disekolah. Aku turut kehilangan seorang kekasih ekoran daripada dia kehilangan seorang adik yang disayanginya.. Mungkin ketika itu aku bersalah kerana tidak menghubunginya sebab aku di PJ dan dia di UUM sintok. Tetapi peristiwa tu memang telah meremukan hati aku bila aku dikatakan sudah melupakannya dan tidak lagi mengambil berat tentang dirinya.

Ntah, mungkin salah ku, kerana tidak memujuk atau cuba meleraikan kekusutan hanya yang aku buat akur dengan permintaan untuk menamatkan hubungan yang terjalin selama 5 tahun sejak di bangku sekolah. mungkin kerana ego seorang lelaki. Tetapi aku tetap menyayanginya tetapi sebagai sebuah kenangan indah yang tidak pernah aku lupakan walaupun sedetik. 

Apapun berbalik kepada kisah Allahyarham Mohd Fairus Awalluddin semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, Al Fatihah.

Friday, 31 March 2006

Membosankan

Hari ni, memang hari paling membosankan untuk aku, mana taknya. Kerja dah siaplepas tu bos pulak kat KL, aku masih lagi kat sini…. Esok PM akan bentangkan RMK9, tak tahulah macam mana perkembangan yang bakal terjadi kat Malaysia ni. Aku harap semuanya akan menjadi bertambah lancar.

Maklumlah rakyat tengah bengang sekarang ni sebab harga minyak naik RM0.30 itu hari, memang lah semua orang terasa perit sedikit, tapi kita nak kena juga faham kalau kerajaan tak buat macam tu, duit negara makin sedikit, maka pembangunan akan terbantut, gaji kakitangan kerajaan lagi… kakitangan awam saja dah berapa ramai… beratus juta kerajaan kena bayar kakitangan kerajaan. Mana kerajaan nak dapat duit melainkan dengan menaikkan harga minyak, menaikkan duti eksport, cukai itu dan ini dan sebagainya.

Tapi kita seringkali menyalahkan kerajaan, mungkin ada yang tak betulnya… tapi kita tak akan boleh memuaskan hati semua pihak, bila kerajaan tak bagi bonus kia melenting… dapat bonus sikit pun melenting…. tapi bila kerajaan naik kan sedikit itu dan ini… pun kita melenting, tapi kita makan gaji dengan kerajaan… duit tu datang dari cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai itu dan ini…. bila kena bayar cukai pun melenting… nampaknya orang Malaysia memang suka melenting… maklumlah sekarang ni kan musim panas… memang semua orang nak melenting… aku pun.

Tapi harini aku bosan sebab rakyat masih lagi macam dulu-dulu, pemikiran terpelajar tetapi mnasih kolot… ada yang balik dari oversea tapi macam belajar kat sekolah melayu tahun 70an… bosan-bosan…

kadnag kala hidup ini kita kenal lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu… macam belajar ekonomi tingkata 4 dan 5 dulu… kena ada kos melepas… tak akan ada yang boleh dapat kedua-dua sekali yang kita nak… setiap apa yang kita dapat pasti ada yang perlu dilepaskan…

umpama dunia dan syurga… kalau mengejar dunia semata-mata tentu syurga akan tinggalkan kita… dan kalau kita nak kan syurga tentu dunia akan tinggalkan kita… mungkin ada orang yang mendapat kedua-duanya tetapi cukup sukar untuk menjaganya…

mana satu pilihan kita terletak pada diri kita sendiri, tak ada orang boleh bantu… tolong nasihat dan bagi pendapat boleh lah… tapi kita kena tentukan haluan hidup kita.. InsyaAllah akan selamat dunia dan akhirat…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...