Sunday, 15 July 2012

Chatting Zaman Dulu... Korang Penah Tak??



Sambil duduk2 tengok FB.. aku teringat awal 1995-1996 dulu masa aku masih lagi belajar di kolej.. masa tu tak wujud lagi facebook, myspace, twitter, tagged, friendster dan yang sewaktu dengannya.. 

acara paling popular masa tu berchatting melalui IRC : Internet Relay Chat .. kira time tu dah jadi satu habitat orang ramai berkumpul dalam chatroom untuk berjumpa rakan2 yang sememangnya 90% tak pernah kenal dan tak tahu pun antara satu dengan lain. 

IRC ni dicipta oleh Jarkko Oikarinen ogos 1988, menggantikan program MUT (MultiUser Talk) pada BBS yang dipanggil OuluBox di Finland. Mamat ni dapat inspirasi daripada sistem yang dikenali sebagai Bitnet Relay yang beroperasi pada BITNET.

aku pun tak ketinggalan juga.. walaupun memang banyak kaki penipu kat dalam IRC neh.. konon perempuan padahal lelaki.. konon lelaki padahal memang lelaki pun.. biasanya ramai lelaki menyamar jadi perempuan.. hahaha.. sebab bila guna nickname lelaki pompuan tak nak layan.. so terpaksalah diorang buat macam tu... 


memang berbezalah dengan teknologi sekarang.. medium mcm Myspace, Facebook, Friendster sebab kita boleh nampak dengan sape kita chat.. IRC ni sekadar nama je lah... lepas tu kalau orang membongak pun bukan kita tahu.. hehe.. so mmg banyak laa mangsa2 kena tipu.. 

aku penah laa jugak sekali dua berdating hasil usaha keras berkenalan dalam IRC.. hehe... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...