Tuesday, 10 July 2012

Puasa.. dah tiba lagi ... Yeah!!

Bulan Puasa dah nak dekat!! tak berapa hari je lagi kita nak sambut puasa... macam biasa merata ceruk akan tumbuh bazar2 ramadhan macam cendawan lepas hujan.. 

Yang pastinya sekarang ni memang dah takde lagi dah ruang kalau baru berniat nak buka gerai di bazar ramadhan.. lupe je laa hasrat tu.. sebab rasanya yang dah dapat lesen berniaga di bazar pun apply hampir sebulan lepas.. 

aku rasa dah berapa kali puasa aku amatlah malas nak ke bazar ramadhan.. boleh bilang dengan jari lah berapa kali aku keluar ke bazar ramadhan ... tambah2 nak pegi sorang2 memang tak lah.. tak berapa nak suka sangat dengan keadaan sesak2 macam tu.. 

dah tu nak beli pun nak kena beratur panjang.. then berebut lagi.. macam tak cukup makan? mungkin aku lebih suka berbuka dengan cara paling simple.. kurma dengan kuih sikit kalau ada kuih lah.. then dengan air.. enough for me.. 


kadang2 aku tegok orang makin membazir bulan puasa ni.. tengok tu nak makan tengok ni nak makan.. kesudahan abih semua dia beli and bawak balik.. lepas tu makanan terbuang macam tu jer sebab tak larat dah nak abihkan.. biasalah nafsu makan time ramadhan ni memang tak terkawal.. kita boleh kawal rasa nak makan dari pagi sampai petang tapi bab kawal nak beli makanan tu yang memang selalunya fail.. hehe.. 

tak payah cakap orang.. kadang2 aku pun sama.. tapi kena control lah.. tak bleh selalu sangat macam tu.. alhamdulillah setakat dah 3-4 tahun puasa ni aku dah bleh control membeli juadah time berbuka.. kalau dulu sama je cam orang lain.. hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...