Tanggal 13 Mei 2006 jam 5.30 petang aku telah kehilangan seorang sabahat yang boleh ku anggap seperti adik. sahabat yang menjadi tempat aku mengadu telah terkorban dalam satu kemalangan di KM 153 lebuhraya utara selatan dekat Tangkak. Kemalangan tersebut turut mengorbankan 3 orang lagi rakan mangsa. Aku difahamkan semua mangsa parah di kepala dan badan, dan mati di tempat kejadian.
Satu lagi peristiwa yang boleh aku anggap sebagai kehilangan buat ku, mana tak nya pada hari kejadian aku batu lepas berborak dengan Allahyarham jam 3.30 petang sebalum aku pegi melawat seorang lagi rakan yang dimasukan ke hospital kerana pembedahan appendix di Putra Medical (Southern Hospital) Melaka.
Jika difikirkan tentulah Allah lebih menyayangi beliau, dalam usia 27 tahun beliau dah dipanggil untuk mengahadapNya. Dulu semasa aku bercinta buat pertama kalinya, cinta pandang pertama, cinta yang mengajar aku erti sebuah kasih sayang, cinta yang telah memadamkan ego seorang lelaki yang tidak popular disekolah. Aku turut kehilangan seorang kekasih ekoran daripada dia kehilangan seorang adik yang disayanginya.. Mungkin ketika itu aku bersalah kerana tidak menghubunginya sebab aku di PJ dan dia di UUM sintok. Tetapi peristiwa tu memang telah meremukan hati aku bila aku dikatakan sudah melupakannya dan tidak lagi mengambil berat tentang dirinya.
Ntah, mungkin salah ku, kerana tidak memujuk atau cuba meleraikan kekusutan hanya yang aku buat akur dengan permintaan untuk menamatkan hubungan yang terjalin selama 5 tahun sejak di bangku sekolah. mungkin kerana ego seorang lelaki. Tetapi aku tetap menyayanginya tetapi sebagai sebuah kenangan indah yang tidak pernah aku lupakan walaupun sedetik.
Apapun berbalik kepada kisah Allahyarham Mohd Fairus Awalluddin semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment