Wednesday, 29 November 2006

Bila Meeting nak start??

harini 28 november.. aku sendiri tak tahu apa aku nak tulis dalam blog harini. terasa macam kosong kepala otak yang dah sememangnya jumud. sepatutnya aku ada meeting pukul 2 tapi sampai sekarang meeting tak boleh nak start sebab tak cukup korum.. Amboiiii besar betul kepala masing2. aku sorang jugak yang terhegeh2 dok menunggu kat sini nasib baik bawa laptop dan boleh pakai internet.

malam tadi memang tak best… ntah sebab apa dan kenapa aku tak tentu arah tak boleh nak buat satu apa pun.

pukul 1.45am aku drive pegi A Famosa jumpa member… duduk berborak then basuh kereta, tak penah dibuat dek orang basuh kereta pagi2 buta. pukul 3.30 aku dah sampai rumah then mengelamun kejap and tgk CD cerita Nang Nak… walaupun aku sebenarnya tak minat sangat cerita hantu ni… bukan takut tapi segann kat hantu tu…

pukul 4.45 aku dah start kereta keluar lepak kat simpang.. sambil minum teh kegemaran aku.

8.30 pagi aku dah kepasar beli barang dapur sikit, beli udang, beli ikan dan sayur ala kadar je sebab aku tak masak banyak2. pegi minum kat stesen bas alor gajah. sambil baca paper. kenapalah sekarang ni tak ada cerita menarik kat dalam paper ni.. bosan.. asyik kes rompak, curi, rogol, khalwat…. siti dan datuk k, fazley khawin… tak membangunkan minda langsung… ngabihkan duit je beli paper.

9.30 aku dah sampai rumah … mandi dan salin baju nak ke office… singgah bak kejap then jumpa … jeng jeng jengggg… berborak sampai pukul 12… tak ada topik sebenarnya tapi tak tahu lah kalau berjumpa mesti berborak sampai tak ingat dunia.. ingat akhirat je hehehe…dan sekarng ni aku terkurung kat c ni dok tunggu bila meeting nak start……

Bulan Sinarkanlah

dipekat malam ini aku sendirian menatap alam
tiada kerlipan bintang, tiada nyanyian unggas malam
hanya deruan ombak menghempas ke pantai
hanya desiran bayu yang membisikan irama laut ke telinga

aku melihat kepada bulan
bulan sabit yang muncul digigi air
bulan sabit yang bercahaya terang
melimpahkan cahaya melebari lautan hingga kepantai
umpama anak tangga ke kayangan
sebuah penitian penuh keasyikan

aku melihat rembulan
dia umpama perindu sepi yang tiada kenal erti kepenatan
melimpahkan cahayanya kasih sayangnya kepada alam
tanpa meminta sebarang balasan
namun cahayanya terang, mengatasi pekat malam
lembut dan mengasyikan, damai mempersonakan

cahayanya seolah membelai
“Tidurlah alam, aku akan sentiasa menemanimu”
“biar engkau dilindungi awan, biar engkau ditimpa hujan”
“akan aku terus menemanimu”

Thursday, 23 November 2006

Khabar Dari Leicester

bergetar seluruh rongga tubuh
bila mendengar engkau berkata
seperti seluruh alam tunduk mengiyakan
tuturmu itu

aku redup dengan linangan air mata
tidak tertahan hinggakan ia melimpah
membasahi juih bibirku

apakah aku terlalu bersalah
perlukah aku dihukum
perlukah aku dinina
atau aku terlalu berdosa

hari ini menjadi sejarah
tautan ini terlerai sudah
walaupun tiada menjadi saksi
namun ia telah tiada lagi

1998: Leicester

Wednesday, 22 November 2006

Masnah

di hujung lorong ini aku menantimu
berdiri umpama boneka tidak bernyawa
mindaku seolah-olah mati dipanah bahang mentari
di lorong ini aku menanti menanti kamu
dengan sususan nota putis kegemaranmu
dengan sekuntum bunga wangi kesukaanmu…

terlalu cepat masa berlalu
aku masih berdiri sendirian
menggenggam erat hadiah ku untukmu
setelah kelasku tamat aku masih disini
di hujung lorong ini.

di hujung lorong ini aku melihat dirimu
tersenyum walau mata terpejam
titisan air mata membasahi pipimu
di perbaringan itu,

hadiah untukmu terhempas ke lantai
bungaan untukmu jatuh berderai,
air mataku semakin mengalir deras,
melihat engkau berlalu dariku
tiada sapaan atau senyuman untukku
tiada ucapan selamat tinggal
tiada bingkisan kasih dan sayang

dihujung lorong ini kali terakhir aku melihatmu
pergi tanpa membawa nokhtah kasih sayang ini
engkau pergi kepada kekasih hatimu
dan aku masih lagi disini
di penghujung lorong ini

Kuala Lumpur: 1997: Masnah 1975 – 1997

Di dasar hati lara,

Di dasar hati lara,
bernyanyi sebuah irama tanpa kata-kata, serangkap lagu
tidak berbaris dan bernokhtah, tidak terungkap dengan perkataan
memetik-metik tali irama hati,
meresahkanku kerana kepada siapa untuk aku lagukan lagu ini
kerana tiada siapa untuk mendengarkannya…

dapatkah aku mendesahkannya?
dapatkah aku melarikan diri dari kefanaan ini,
kepada dan untuk siapa untuk aku lagukan irama ini…

ingin aku simpankan ia di relung jiwaku
kerana aku khuatir terhempas
lagu tiada lagi irama ini dalam hatiku…

takala penglihatan batinku tertutup
terlihat bayangan oleh bayangan
kuhulurkan jemariku menyentuhnya
terasa getaran seluruh tubuhku

ku tatap langit malam
kerdipan bintang cemerlang dan gemilang
rembulan seolah tersenyum memandangku
hembusan angin seolah melagukan lagu irama itu

lagu ini digubah oleh kerinduan
lagu ini digubah oleh keriangan
lagu ini digubah oleh keindahan alam
lagu ini digubah oleh rasa cinta yang mendalam
lagu ini digubah oleh mimpi yang tidak berkesudahan
lagu ini digubah oleh keinginan untuk bersama
lagu ini adalah lagu dari lipatan kebenaran
lagu ini mendendangkan sebuah ketulusan

Inilah lagu kasih sayang
inilah lagu rindu dan dendam
semerbaknya harum melangkaui keharuman melur
suara manakah yang mampu untuk menangkapnya
tersembunyi ia bagai rahsia perawan suci
getaran manakah yang mampu untuk menggoyahkannya

inilah lagu hati,
kecintaan kepada Tuhan
Inilah Lagu Tuhan dari jiwa yang fakir….

Kota Bahru: 1999: IPI

Sendiri

Semalam aku sendirian di titian ini kekasih,
sendirianku laksana keratapan sebuah kematian,
sedu dan sedan tiada siapa yang mendengar,
aku menghela nafasku sedalamnya,
cuba mengejar waktu yang telah pergi,
masa semakin hampir buatku,
waktu tidak lagi menyebelahi aku,
semalam aku terlena dalam kerinduan,
dibuai oleh kegelisahan,
mungkinkah semalam telah pergi meninggalkan ku…


Kota Bahru: 1999: 5.30pagi


Wednesday, 1 November 2006

Disisiku kau tiada

Dikeheningan malam, Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam, Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang, Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena, Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu, Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu, Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi, Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena, Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana, Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa, Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada, Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih, Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong, Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...