buah keriang |
rupanya aida tak penah dengar buah keriang.. hee.. makanan kegemaran aku time kecik2. time aku kecik dulu.. bila petang je.. aku dengan sepupu sepapat n anak2 sedara yang sama sebaya dengan aku macam biasa akan buat port kat rumah makcik di hujung kampung..
sebab kat situ ada pokok keriang. tapi biasa pokok ni berbuah bulan april sampai mei jer.. bulan lain.. pokok ni jadi port sebab kami buat pondok kat atas pokok.. kalau sekarng ni tgk balik pokok tu takdelah tinggi sangat.. tapi dulu dah kire tinggi lah jugak.. yer lah masing2 budak2 lagi tinggi mana lah sangatkan.. buah keriang ade rasa kelat2 sikit tapi manis.. yang tak best gigi n bibir confirm hitam sebab banyak makan buah ni.. biasanya kami akan kutip yang dah luruh atau panjat and ambik yang kat atas pokok.. lepas tu basuh and rendam dalam air garam.. lepas tu baru makan.. wahhh.. time tu rasa heaven giler lah dapat makan buah keriang..
pokok keriang |
Pokok keriang kat rumah makcik lebih kurang macam gambar kat sebelah ni lah.. and permandangan pun macam tu jugak.. keliling sawah.. memang bestlah duduk petang2 sampai tak ingat nak balik rumah.. biasanya dah bawak bekal masing2 untuk makan tengahari.. lepas tu tido kat bawah pokok ramai2.. heee
tu lah rutin kami almost every day.. sambil bawak buku buat keja sekolah kat situ.. sambil tu lepas main dam, main card n banyak lagi aktiviti...
masa aku dok bercerita dengan aida tadi memang aku tersenyum sorang2 teringatkan zaman sekolah rendah. dulu kami memang nakal. mandi sungai, berkubang dalam sawah, panjang pokok. curi buah mempelam.. tu tak kira lagi ayam pun kena sembelih.. heee...
bile sawah kering memang best.. dulu orang tuai padi setahun sekali jer. tak macam sekarang dah jadi 2 ke 3 kali setahun. bendang tak sempat kering.. dulu bila musim menuai. bendang kering kontang. takde air.. so sawah padi akan jadi lapangan permainan kami yang maha luas. macam2 aktiviti boleh dibuat kat situ. nak berlari nak berguling takde sapa nak larang.. memang best hidup zaman tu.
macam kat gambar sebelah ni.. aku penah laa merasa membanting (memukul) padi macam tu. tapi dulu ade kepuk.. kalau musim tak menuai kepuk tu disimpan memang akan jadi tempat permainan kitaorang..
bile time sawah kering masa tu lah aktiviti kami amatlah rancak sekali.. main bola kat sawan.. lumba lari. buat 'hut' @ pondok jerami.. so masing2 akan bawak bekalan sampai kepetang.. so kat situ lah kami makan nasik.. kuih ke ape yang ade... aktiviti menarik adalah main perang2.. wahh terbaik laa.. balik badan sure lebam..
heh.. sambung lah pulak..
No comments:
Post a Comment