Wednesday, 11 April 2012

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

member aku ade hantar email... ntah apa laa motif dia.. tapi dalam banyak2 ni tak semuanya kena dengan aku... yang pasti yang aku 'bold' tu je lah yang aku suke n tak suke.. yang lain kenalah pandai2.. wanita ni kan dari rusuk lelaki yang bengkok.. so pandai2lah membetuknya jadi lurus... kan kan kan ... 


Lelaki suka:
  1. Sikap kelakar 
  2. Budi pekerti dan kesopanan 
  3. Murah hati 
  4. Senyuman manja 
  5. Pandai memasak 
  6. Pandai dalam mengenakan pakaian 
  7. Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya 
  8. Tak mudah naik angin 
  9. Tak terlalu seksi dalam berpakaian 
  10. “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang” 
  11. Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya 
  12. Berwawasan atau bercita-cita tinggi 
  13. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi 
  14. Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan. 
  15. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira 
  16. Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi 
  17. Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki 
  18. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki 
  19. Sikap keibuan 
  20. Sukakan kanak-kanak 
  21. Suara lembut tanpa dibuat-buat 
  22. Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun 
  23. Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat 
  24. Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki 
  25. Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut 
  26. Tahu bersyukur 
  27. Pandai berjimat-cermat 
  28. Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal 



Lelaki Tak Suka:
  1. Wanita yang suka mengumpat 
  2. Sombong dan bongkak 
  3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki 
  4. Hisap rokok 
  5. “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu… 
  6. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki 
  7. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian 
  8. “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!” 
  9. “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..” 
  10. Wanita yang hipokrit 
  11. Pembohong dan suka mencari alasan 
  12. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki 
  13. Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka 
  14. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang 
  15. Pengotor dan pemalas 
  16. Tak bertanggungjawab langsung 
  17. Tak pandai mengemas 
  18. Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan 
  19. Kuat berleter walau hal remeh temeh 
  20. Boros berbelanja 
  21. Tak tahu memasak 
  22. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati 
  23. “Queen Control” atau suka mengarah-arah 
  24. Tak pandai bergaya atau selekeh 
  25. Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli 
  26. Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu 
  27. Panas baran 
  28. Kuat merajuk dan sukar dipujuk 
  29. Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi 
  30. Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...