Saturday, 18 February 2012

Lawak Ek?

Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?
Budak : Saya nak lintas jalan ni…
Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..
Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.
Ali : %&$#%%..

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal…
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi…


Hadi : “Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu..”
Isteri : “Iya, bang.. cakaplah..”
Hadi : “Aku mau kau kahwin dengan Harun…”
Isteri : “Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?” dengan terkejut isterinya bertanya.
Hadi : “Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu…”


Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.Dan Doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang.Maka Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan baik saya benarkan Ahmad pulang..Kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.
“Baik Doktor,saya sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.
Doktor mengambil lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor). 
“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor
“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.
“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor pada Ahmad.
“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.
“Ye laaa” jawab Doktor.
“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad
“Mmmmm..Oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Kata Doktor
berpuas hati.
Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu pagar.
“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil Ahmad semula.
“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.
“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba
“Hmmm..Ahmad duduk sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.
“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

SELIPAR
Al-kisah…ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang ‘slow’ sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya….

Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi…mengamuk la Ali kat masjid tu. 

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, ” kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! ”

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la…mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. ” Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!”

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. ” Rilek la bang. Gurau jek”. Kata si pencuri itu.

Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. ” Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?”

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu…Ali pun menjawab, ” Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi.” Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.

Burung Kakak Tua
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”
Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula… 

Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”
Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”

Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya. 
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh  mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya..
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...