Bila teringat kisah Novel ini... sy cuba cari semula nota2 lama yang disimpan dalam laci... inilah kisah "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" sebagai pedoman dan banyak sekali pengajaran... cause this note dah lebih 10 tahun hehehe
Kerana berhasrat untuk pulang ke kampung halaman arwah ayahnya zainuddin menyatakan hasrat kepada Mak Base, ibu angkatnya di Makasar.. Zaibuddin dibesarkan oleh Mak Base sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia..
Zainuddin sentiasa teringat Desa Batipuh di Minangkabau.. Setelah sekian lama memasang niat untuk pulang ke kampung halaman arwah ayahnya Pendekar Sutan.. Pendekar Sutan setelah membunuh bapa saudaranya Datuk Labih yang menhalangnya mendapatkan harta warisan.. kemudiannya dibuang negeri dan terdampar di Makasar. Dia berkahwin dengan anak pendakwah Islam bernama Daeng Habibah..
Padang Panjang, Zainuddin bertemu Hayati. Tetapi kerana peristiwa ayahnya yang dibuang negeri hubungan Zainuddin dan hayati terpaksa diputuskan. Zainuddin tak diterima sebagai anak Minang. Zainuddin lalu membawa diri menetap di Kota Padang Panjang..
Sewaktu Hayati datang ke Padang Panjang.. Aziz abang Khadijah sahabat Haryati telah jatuh hati pada Haryati. Bagi Zainuddin, beliau cuma seorang miskin.. namun beliau telah menerima harta peninggalan Mak Base setelah ibu angkatnya Meninggal dunia.. Zainuddin cuba melamar Haryati tetapi tidak memberitahu bahawa dia sudah berharta..
Haryati menerima pinangan Aziz yang dikatakan berharta dan berkedudukan jika dibanding dengan zainuddin yang bukan anak Ranah Minang dan miskin.
Zainuddin yang kecewa membawa diri ke Jakarta bersama Muluk anak perempuan tuan rumah tempat Zainuddin tinggal memulakan kehidupan baru sebagai penulis dan akhirnya ke surabaya. Zainuddin akhirnya menjadi hartawan yang dermawan.
Kisah Aziz yang berkahwin dengan Haryati; Aziz seorang yang bertabiat buruk sejak sebelum berkahwin tak dapat mengawal rumahtangganya dan akhirnya habis segala hartanya dan hidup melarat bersama Haryati. Mereka berpindah ke Surabaya dan tinggal bersama Zainuddin.
Aziz tanpa pengetahuan sesiapa meninggalkan Hayati di rumah Zainudin lalu pergi ke Banyuwangi. Dia mengutuskan dua pucuk surat memohon maaf dan meminta agar Zainudin mahu menerima Hayati semula. Pesanan-pesanan dalam surat itu disusuli dengan kematian Aziz yang meragut sendiri nyawanya.
Namun Zainudin enggan menerima Hayati. Keputusan Zainudin itu adalah kerana dendamnya kepada Hayati selama ini. Hayati lalu merajuk dan berangkat pulang ke Sumatera dengan menaiki kapal "Van Der Wijck".
Zainudin mula sedar kesilapannya setelah Hayati meninggalkan rumahnya. Dia sedar bahawa dia masih mengasihi Hayati. Zainudin ingin mencari Hayati setelah membaca surat peninggalan Hayati yang amat menyentuh hatinya. Namun, tersebar sebuah berita bahawa “Kapal Van Der Wijck Tenggelam” dalam sebuah akhbar di Surabaya. Dari Tuban, Zainudin dengan diiringi Muluk bertemu dengan Hayati yang sedang dirawat di sebuah hospital. Namun, pertemuan itu adalah pertemuan kali bagi kedua-dua pasangan kekasih itu. Setelah dapat berbual beberapa ketika, Hayati menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam dakapan Zainudin.
Pemergian Hayati dituruti Zainudin tidak lama kemudian. Muluk menguburkan jenazah Zainudin di sisi pusara Hayati.
No comments:
Post a Comment