Hari ini masih lagi suram, sejak aku kehilangan sahabat karibku. Hujan mula turun sejak awal pagi lagi, 6:30 pagi aku terjaga dari tidur yang kurang nyenyak. Maklumlah malam tadi anak-anak ku tak mahu lelepkan mata, yang sorang batuk dan sorang lagi demam.
Pagi tadi sejak jam 3:30 aku tak dapat tidur, mungkin tidur-tidur ayam je kot. anak-anak ku kejap-kejap menangis. Nak marah pun tak boleh sebab budak-budak. so terpaksalah bersengkang mata jaga diorang. Harini aku masuk pejabat agak lewat. Nasib baik aku lah boss aku lah kuli, so senang sikit kerja aku tak ada prang nak membebel.. yer lah big boss kat putrajaya.. so aku kat kawasan parlimen dia.
Apapun aku mesti pastikan semua kerja siap sebelum aku boleh buat kerja lain. Anyway Alhamdulillah semua kerja dah siap. Tadi rakan aku di office, Hasni datang ke pejabat aku bercerita tentang Arwah sabahat kami yang meninggal tempoh hari. Air mata mula mengalir ke pipi kami mengenangkan beliau yang sering mengusik dan buat lawak bodoh. namun itulah sumber keriangan kami.
Harini hari ke empat arwah pergi meninggalkan kami, satu kehilangan besar yang kami rasakan. Tapi itulah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Allah, maka perlulah kita redha,