Tanggal 11 Jun 2005, Kakak ku Sofiah telah kembali kerahmatullah bersamaam 4 Jamadilawal 1426 Hijrah, asbab sakit penat. Anak kedua dari 9 orang adik beradik ini telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 2 petang pada umur 50 Tahun (Lahir 1955)
Alhamdulillah semua ahli keluarga telah selama sampai di rumah Ayahanda kami Tuan Haji Abdul Majid di Hutan Kampong Alor Setar Kedah. Selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam berdekatan dengan kediaman keluarga. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah SWT.
Namun dalam pemerhatian ketika suasana orang ramai hadir untuk menziarahi jenazah, agak terkilan juga rasa hati kerana rata-rata kita orang melayu masih lagi tidak memahami dan mendalami konsep sebenar kita menziarahi orang yang meninggal dunia.
Masih lagi ramai yang asyik berbincang atau bersembang tentang hal-hal dunia. Alangkah baiknya jika mereka dapat duduk sambil mengambil iktibar tentang kematian yang telah dijanjikan Allah kepada kita semua. Alangkah sombongnya kita kerana tidak merasa gentar mahupun takut bahawa ajal kita juga semakin dekat.
Harap-harap sesiapa yang baca posting ini akan mengambil iktibar.. sebaiknya kalau kita menziarahi sesuatu kematian tinggalkanlah urusan dunia, membaca Al-quran sambil menginsafi kematian tersebut dan jgnlah asyik bergelak ketawa sesama sendiri sedangkan keluarga simati masih lagi bersedih…. Wallahu ‘Alam….
No comments:
Post a Comment