Sunday, 19 June 2005

Pesan Ayah

Ayah pernah berpesan,
“Orang yang paling menderita jiwanya ialah mereka yang selalu berhasad dengki sesama mereka, lalu hati mereka menjadi sakit, bila hati dah sakit mulalah terasa derita, rasa pula kecewa dan gelisah, kerana kesenangan orang, kerana pencapaian orang, kerana kelebihan orang, kerana pangkat, kerana darjat dan harta benda.”

Ayah Pesan lagi,
“Bila orang yang dengki mendengki ini, lihat saja orang lebih mereka tarasa sakit hati, lalu mereka mula mencari jalan untuk menyusahkan orang tersebut, pada fikirannya biar orang lain tak dapat apa yang dia tak ada. Lalu syaitan mula merasuk dirinya”.

Ayah sambung lagi,
“Bila syaitan dah goda dia mula buat macam-macam, tapi sebab niat dia tak baik, Allah tak bantu, maka orang yang didengkinya itu semakin bertambah nikmat dari Allah. Makinlah dirinya marah dan berapi-api lagilah nafsu amarahnya. Semakin dia ligat mencari inisiatif nak jatuhkan orang tersebut… tapi akhirnya dia sendiri yang jatuh.. bila dah jatuh hatinya semakin tak tenang, semakin marah dan gundah lalu dia terus mencari idea-idea denganbantuan syaitan yang senantiasa menghembus api ketelinganya”.

Ayah ingatkan lagi,
“Itulah nasib orang yang suka berhasad dengki, tidak tenteram jiwanya, tidak tenang hatinya, kerana itulah keburukan hidup orang yang suka berhasad dengki. Jiwanya tidak pernah tenang dan senang. Kalaupun Allah tidak menghukum atas keburukan dirinya, kesakitan hati dan jiwanya sudah cukup untuk menjadi hukuman baginya”

Akhir kata dari Ayah… janganlah jadi orang yang berhasad dengki, akibatnya engkau akan menghukum diri sendiri.

Monday, 13 June 2005

Al Fatehah Buat Kakak...

Tanggal 11 Jun 2005, Kakak ku Sofiah telah kembali kerahmatullah bersamaam 4 Jamadilawal 1426 Hijrah, asbab sakit penat. Anak kedua dari 9 orang adik beradik ini telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 2 petang pada umur 50 Tahun (Lahir 1955)

Alhamdulillah semua ahli keluarga telah selama sampai di rumah Ayahanda kami Tuan Haji Abdul Majid di Hutan Kampong Alor Setar Kedah. Selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam berdekatan dengan kediaman keluarga. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah SWT.

Namun dalam pemerhatian ketika suasana orang ramai hadir untuk menziarahi jenazah, agak terkilan juga rasa hati kerana rata-rata kita orang melayu masih lagi tidak memahami dan mendalami konsep sebenar kita menziarahi orang yang meninggal dunia.

Masih lagi ramai yang asyik berbincang atau bersembang tentang hal-hal dunia. Alangkah baiknya jika mereka dapat duduk sambil mengambil iktibar tentang kematian yang telah dijanjikan Allah kepada kita semua. Alangkah sombongnya kita kerana tidak merasa gentar mahupun takut bahawa ajal kita juga semakin dekat.

Harap-harap sesiapa yang baca posting ini akan mengambil iktibar.. sebaiknya kalau kita menziarahi sesuatu kematian tinggalkanlah urusan dunia, membaca Al-quran sambil menginsafi kematian tersebut dan jgnlah asyik bergelak ketawa sesama sendiri sedangkan keluarga simati masih lagi bersedih…. Wallahu ‘Alam….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...