Wednesday, 19 October 2005

Kisah Seorang Bernama Manusia

Dunia Yang Bulat
Adalah Bersegi Untuknya
Benda Yang Hodoh Menjadi Cantik
Pada Pandangan Matanya
Najis dan Kotoran
Adalah Teman Sepermainannya
Nanyian Untuknya Amat Pilu
Terlalu Mengusik Jiwa
Dia Disambut Bukan Di Pesta Besar
Sambutan hanya Dengan Cacian
Sepak Terajang dan Penghinaan
Air Mata Adalah Teman
Tetapi Tidak Pernah Dimengertikan
Dia Terus Hidup, Terus Bermain
Di Dalam Dunianya
Dia Terus Melangkah
Dengan Penuh Gah
Memburai Rahsia Ciptaannya
Namun Hatinya Tetap Tabah

Wednesday, 7 September 2005

CT Scan & MRI

harini aku pegi buat check-up.. 2 bulan lepas aku dah buat CT Scan but today aku kena buat MRI sebab aku pun tak tahu apa penyakit aku ni… mungkin bahaya mungkin tak… tapi suspect ada ketumbuhan dalam kepala hotak aku ni…

after scanning aku balik rumah rehat macam biasa, aku buat kat SJMC, doktor kata tak ada apa2 jgan risau, lepas tu bagi aku ubat banyak pulak tu… sebenarnya aku start sakit kepala yang teramat sangat sejak tahun lepas.. cuma sekarang baru aku buat scanning natah laa mungkin Tuhan nak menduga…

Sunday, 19 June 2005

Pesan Ayah

Ayah pernah berpesan,
“Orang yang paling menderita jiwanya ialah mereka yang selalu berhasad dengki sesama mereka, lalu hati mereka menjadi sakit, bila hati dah sakit mulalah terasa derita, rasa pula kecewa dan gelisah, kerana kesenangan orang, kerana pencapaian orang, kerana kelebihan orang, kerana pangkat, kerana darjat dan harta benda.”

Ayah Pesan lagi,
“Bila orang yang dengki mendengki ini, lihat saja orang lebih mereka tarasa sakit hati, lalu mereka mula mencari jalan untuk menyusahkan orang tersebut, pada fikirannya biar orang lain tak dapat apa yang dia tak ada. Lalu syaitan mula merasuk dirinya”.

Ayah sambung lagi,
“Bila syaitan dah goda dia mula buat macam-macam, tapi sebab niat dia tak baik, Allah tak bantu, maka orang yang didengkinya itu semakin bertambah nikmat dari Allah. Makinlah dirinya marah dan berapi-api lagilah nafsu amarahnya. Semakin dia ligat mencari inisiatif nak jatuhkan orang tersebut… tapi akhirnya dia sendiri yang jatuh.. bila dah jatuh hatinya semakin tak tenang, semakin marah dan gundah lalu dia terus mencari idea-idea denganbantuan syaitan yang senantiasa menghembus api ketelinganya”.

Ayah ingatkan lagi,
“Itulah nasib orang yang suka berhasad dengki, tidak tenteram jiwanya, tidak tenang hatinya, kerana itulah keburukan hidup orang yang suka berhasad dengki. Jiwanya tidak pernah tenang dan senang. Kalaupun Allah tidak menghukum atas keburukan dirinya, kesakitan hati dan jiwanya sudah cukup untuk menjadi hukuman baginya”

Akhir kata dari Ayah… janganlah jadi orang yang berhasad dengki, akibatnya engkau akan menghukum diri sendiri.

Monday, 13 June 2005

Al Fatehah Buat Kakak...

Tanggal 11 Jun 2005, Kakak ku Sofiah telah kembali kerahmatullah bersamaam 4 Jamadilawal 1426 Hijrah, asbab sakit penat. Anak kedua dari 9 orang adik beradik ini telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 2 petang pada umur 50 Tahun (Lahir 1955)

Alhamdulillah semua ahli keluarga telah selama sampai di rumah Ayahanda kami Tuan Haji Abdul Majid di Hutan Kampong Alor Setar Kedah. Selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam berdekatan dengan kediaman keluarga. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah SWT.

Namun dalam pemerhatian ketika suasana orang ramai hadir untuk menziarahi jenazah, agak terkilan juga rasa hati kerana rata-rata kita orang melayu masih lagi tidak memahami dan mendalami konsep sebenar kita menziarahi orang yang meninggal dunia.

Masih lagi ramai yang asyik berbincang atau bersembang tentang hal-hal dunia. Alangkah baiknya jika mereka dapat duduk sambil mengambil iktibar tentang kematian yang telah dijanjikan Allah kepada kita semua. Alangkah sombongnya kita kerana tidak merasa gentar mahupun takut bahawa ajal kita juga semakin dekat.

Harap-harap sesiapa yang baca posting ini akan mengambil iktibar.. sebaiknya kalau kita menziarahi sesuatu kematian tinggalkanlah urusan dunia, membaca Al-quran sambil menginsafi kematian tersebut dan jgnlah asyik bergelak ketawa sesama sendiri sedangkan keluarga simati masih lagi bersedih…. Wallahu ‘Alam….

Saturday, 30 April 2005

Maulid Nabi... Huh Penatnyaa..

semalam aku berarak sempena maulid… humang aaiihhh penat betul lah… dari SMK Dol Said sampai ke masjid jamek alor gajah, naik serak suara aku bertakbir, tapi takper bukan selalu setahun sekali je.. aku bawak budak2 kolej lebih kurang dalam 30 orang diorang maintain je aku je yang dah letih al-maklumlah dah sezen ni. baju kitaorang yang paling mengamcam maut dari semua kontinjen sebab bewarna warni tak macam orang lain sepesen je… apa pun aku ucapkan tahniah pada semua yang sanggup bersengkang mata buat banner dari pagi sampai lewat malam dah tu pukul 12.30 malam sempat raptai lagi tu sampai pukul 2 pagi hehehe kesian diorang… tapi takpe aku belanja nasik ayam Nadia… heheheh

Wednesday, 9 February 2005

Secret Admire?? Huh Ade ke?

Harini kerja macam biasa, tetiba aku aku dapat surat cinta kat dalam lagi... hehehe... wah wah wah .. ade secret admire rupanya.. huhu... Siti Aminah Ahmad nama dia.. sedap nama... orangnya pun bleh laa... tapi.. sape budak ni? Amboii sejak bila pulak aku ade secret admire ni?

Lepas baca ape lagi perlu musnahkan bukti yang ada hehehe... nanti kang kantoi mau satu office tau aku peminat hantar surat kat aku lak... so as request, aku pun tunggu laa ditempat yang dia minta.. Alah bukan ada apa nak jadipun, jumpe je lah kan... rupanya my own staff.. huhu... amboiii sejak bila pulak cik min ni pandai bercinta... seingat aku dia minat kat sejenis jer... cantik orangnya. tapi lepas aku tau dia minat sejenis ni aku malas nak kacau laa kan... 

So after dinner dengan dia aku hantar dia balik but sebelum tu aku inform dengan dia, aku tak dapat nak teruskan sebab bagi aku... dia cuma rakan sepejabat dan tak lebih dari tu, and aku tak bleh nak ade commitment dengan staff sendiri nanti ape pulak orang kata... "bias" ... lain laa kalau company tu aku yang punya hehehehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...