Sunday, 31 December 2006

Balik Kampung

di waktu ini aku sedang tumpukan perhatian untuk pulang ke kampung halaman di kedah. hari ini 29 Disember 2006 aku bertolak ke alor setar dengan berbekalkan sebuah harapan baru untuk memulakan hidup baru di tahun 2007…. Insyaallah 2007 bakal menjanjikan seribu satu harapan…

perjalan aku hari ini tidak mengalami terlalu banyak masalah, segalanya lancar seperti yang aku harapkan… harapan ku hanyalah untuk aku dapat selamat sampai ke kampung halaman bertemu dengan ayah yang terlalu aku rindukan, telahan hujung minggu ini hari raya korban bakal menjelang dan aku pastinya akan membantu keluargaku untuk persiapan korban yang akan dilakukan.

kepulangan ku di hari ini juga bakal merubah seluruh hidupku, seperti ada sesuatu yang sedang menghambatku untuk kembali pulang secepat mungkin ke melaka, namun terpaksa aku bertahan untuk menghabiskan cuti ini sehinga isnin 1 januari 2007.

di kampung aku sering menghubunginya dan menyatakan betapa aku rindukan dirinya dan aku teramat rindukan hilai tawanya dan senyuman manisnya. namun apakan daya dia masih bukan miliku. aku perlu bersabar untuk seketika dan berserah kepada yang esa untuk menentukan takdir ini untuk ku. apakah dia dapat menerimaku atau aku akan terus menanti…… dah maghrib aku nak berhenti dulu…..

Wednesday, 13 December 2006

20x4=80


4.40pm.. dah masuk kotak rokok ke 4… ntah apa kena dengan aku harini… bengong… 20 x 4 = 80 batang…. huuuuiiihhh dasat tu.. memang nak mampus agaknya… tapi takpe… BIARLAH…
jap agi kena bali lagi yang baru.. dah abihhhh… ish ish ish ish malasnya nak ke kedai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...