Friday, 31 March 2006

Membosankan

Hari ni, memang hari paling membosankan untuk aku, mana taknya. Kerja dah siaplepas tu bos pulak kat KL, aku masih lagi kat sini…. Esok PM akan bentangkan RMK9, tak tahulah macam mana perkembangan yang bakal terjadi kat Malaysia ni. Aku harap semuanya akan menjadi bertambah lancar.

Maklumlah rakyat tengah bengang sekarang ni sebab harga minyak naik RM0.30 itu hari, memang lah semua orang terasa perit sedikit, tapi kita nak kena juga faham kalau kerajaan tak buat macam tu, duit negara makin sedikit, maka pembangunan akan terbantut, gaji kakitangan kerajaan lagi… kakitangan awam saja dah berapa ramai… beratus juta kerajaan kena bayar kakitangan kerajaan. Mana kerajaan nak dapat duit melainkan dengan menaikkan harga minyak, menaikkan duti eksport, cukai itu dan ini dan sebagainya.

Tapi kita seringkali menyalahkan kerajaan, mungkin ada yang tak betulnya… tapi kita tak akan boleh memuaskan hati semua pihak, bila kerajaan tak bagi bonus kia melenting… dapat bonus sikit pun melenting…. tapi bila kerajaan naik kan sedikit itu dan ini… pun kita melenting, tapi kita makan gaji dengan kerajaan… duit tu datang dari cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai itu dan ini…. bila kena bayar cukai pun melenting… nampaknya orang Malaysia memang suka melenting… maklumlah sekarang ni kan musim panas… memang semua orang nak melenting… aku pun.

Tapi harini aku bosan sebab rakyat masih lagi macam dulu-dulu, pemikiran terpelajar tetapi mnasih kolot… ada yang balik dari oversea tapi macam belajar kat sekolah melayu tahun 70an… bosan-bosan…

kadnag kala hidup ini kita kenal lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu… macam belajar ekonomi tingkata 4 dan 5 dulu… kena ada kos melepas… tak akan ada yang boleh dapat kedua-dua sekali yang kita nak… setiap apa yang kita dapat pasti ada yang perlu dilepaskan…

umpama dunia dan syurga… kalau mengejar dunia semata-mata tentu syurga akan tinggalkan kita… dan kalau kita nak kan syurga tentu dunia akan tinggalkan kita… mungkin ada orang yang mendapat kedua-duanya tetapi cukup sukar untuk menjaganya…

mana satu pilihan kita terletak pada diri kita sendiri, tak ada orang boleh bantu… tolong nasihat dan bagi pendapat boleh lah… tapi kita kena tentukan haluan hidup kita.. InsyaAllah akan selamat dunia dan akhirat…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...